ENTRY ABOUT LINKIES FOLLOW Home

ℋEAℛTℱIℒIA's


+Ttwitter

+Ask.FM

+Instagram



The Queen

Thanks for visiting my blog. Have a nice day.


Monster's Talk
Please put your link correctly
Please do not put advert!
No harsh word please.


D' Followers

Credits

Template :Arina Azman
Basecodes :Ino Arrien Wana
The Owner :HeartFilia's
Diploma vs Matrikulasi
Assalammualaikum,



Today result UPU keluar. Congrats for those yang dapat and yang tak berjaya tu, La Tahzan, Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buat kalian. Insya Allah. Rezeki ada di mana-mana sahaja. Alhamdulillah, aku dapat melanjutkan pelajaran dalam Diploma Teknologi Pembuatan di UNISZA, salah satu universiti yang aku suka! Cuma ada satu je masalah, iaitu aku tak minat course tu and aku tak tahu pun apa itu teknologi pembuatan. Act, aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh pilih itu sebagai pilihan pertama aku (sigh). Rasa kecewa pun ada. Serius aku tak ingat kenapa aku pilih course tu. Hahahaha. Tapi nak buat macam mana kan? Benda dah lepas. Aku pun dah dapat tawaran tu. Jadi pengajaran kepada junior-junior, kalau nak isi UPU tu nanti pastikan korang semua tahu apa course yang korang pilih. Buat research dulu, jangan main hentam je kalau tak nak jadi macam akak ni hah. And make sure pilihan pertama korang tu course yang paling korang minat. Okay?

Luckily aku dapat tawaran matrik jugak. Aku sebenarnya pun kurang pasti sama ada nak pilih matrik ataupun UPU tu. Kiranya sekarang ni aku dalam dilema lah. Satu lagi masalah aku ialah aku susah nak buat keputusan and hampir 90% keputusan aku selalu buat mesti salah (Sadisnya). Ramai jugak yang cakap diploma tu lagi bagus sebab sijil diploma laku daripada sijil matrik kalau nak mohon kerja dan study diploma tak stress sangat berbanding matrik. Yeah, I know diploma tu banyak pro daripada kontra. Tapi study ni kena ada minat jugak. Aku lebih minat dalam bidang sains and aku lebih suka kerja yang berkaitan dengan flora and fauna. Kalau aku ambik diploma dalam course tu, nanti degree pun kena ambik course yang itu jugak. So, aku buat keputusan untuk masuk matrik. Hopefully lah aku boleh dapat pointer yang bagus. Insya Allah. The most important thing is kena rajin belajar. Jangan malas-malas, kalau tak memang out lah.

So, sesiapa yang masuk matrik kat Changlun, Kedah, nanti kita berjumpa ya? Hahaha. And good luck to all of you yang akan melanjutkan pelajaran di matrik, asasi, diploma mahupun form 6. Ingat, usaha tangga kejayaan. All the best! (Ganbatte kudasai minna-san!)

Sekian sahaja untuk hari ini. xoxo :*

Written by Me at 07:42 2 MIRacle{s}

< >